Proficient Football Academy

PROFILE PROFICIENT FOOTBALL ACADEMY

Proficient – mahir, mantap & hebat

 

Motto – disiplin, komitmen dan konsistensi

Atas dasar melahirkan bakat dan kemahiran bolasepak di peringkat usia muda maka tertubuhnya kelab Proficient Football Academy (PFA) pada tanggal 8 Ogos 2008.

Wujud satu kesedaran dan tanggungjawab dalam melahirkan bakat-bakat bolasepak, maka Program Klinik Bolasepak dan Ujian Kemahiran di sekitar Shah Alam dan Klang telah diadakan sebagai titik permulaan.

Sukan bolasepak yang merupakan sukan nombor satu di Malaysia telah mendapat perhatian dan sokongan ibubapa yang inginkan perubahan dalam pelbagai aspek. Klinik bolasepak Proficient FA telah di jalankan di sekitar sekolah Shah Alam dan Klang.

Pihak Pengurusan sentiasa menekankan aspek disiplin, komitmen dan konsistensi dalam latihan. Jurulatih juga mempunyai pengalaman bolasepak lebih 5 tahun serta mempunyai lesen. Setiap pelatih diberi pengetahuan asas yang betul serta ditawarkan program latihan mingguan.

Sejumlah 60 pelatih terawal Proficient FA cawangan Shah Alam yang berlatih seminggu dua kali. Latihan dijalankan di padang B, Stadium Panasonic Seksyen 21 Shah Alam, Selangor.

Sebahagian 30 pelatih terawal yang bernaung di kelab Proficient FA cawangan Klang. Latihan mingguan di adakan di padang sekolah Kebangsaan ACS, Methodist Klang.

Latihan mingguan juga di selangi dengan acara Jogging PFA yang dijalankan di Taman Tasik Shah Alam melibatkan semua cawangan. Sambil beriadah, para pelatih dapat menghirup nafas segar serta mengeratkan silaturrahim.

Aktiviti berkumpulan seperti regangan dan pengetahuan bolasepak sering diterapkan dalam setiap program dan latihan yang dijalankan. Ibubapa merupakan individu terhampir serta perlu memberi impak sokongan tentang kawalan pemakanan dan disiplin.

Mengadakan Karnival Bolasepak PFA Tertutup melibatkan 3 cawangan Proficient FA iaitu cawangan Shah Alam, cawangan Acs Klang dan cawangan Sk Teluk Pulai Klang seramai 300 pelatih.

Jemputan jurulatih dari Cardiff City cukup memeriahkan program Kejohanan Karnival Bolasepak. Di samping ilmu-ilmu yang dikongsi, para pelatih dari beramah mesra dan memanfaatkan pengalaman yang berharga bersama sambil menunjukkan kemahiran bolasepak dalam pertandingan.

Penyertaan pertama pasukan Proficient FA di liga elit iaitu 1MCC Junior Football League 2011. Dan tajaan pertama ialah Patco (M) Sdn Bhd.

Jersi kedua Proficient FA di taja oleh Ziezack Sports. Berjaya berada di kelompok 8 terbaik merupakan sasaran Pihak Pengurusan. 20 pemain paling berbakat dikumpul dan diberi peluang bermain liga panjang hampir 3 bulan.

Mengadakan Klinik Bolasepak dan Perlawanan Persahabatan antara Proficent FA dan Malaysia u11 di MSN Bukit Jalil. Pengalaman yang cukup bermakna untuk di timba sepenuhnya bersama Coach Lim Tiong Kim.

Kejayaan pasukan Proficient FA dalam kelompok 4 terbaik telah membuktikan bahawa usaha yang berterusan serta sokongan luarbiasa bakal memberi kejayaan paling berharga. Bermain di Padang Stadium Petaling Jaya, berada di bilik persalinan dan pelbagai keistimewaan lain telah memberi pengalaman paling berharga tidak ternilai.

Sokongan luarbiasa para ibubapa merupakan pemangkin terbaik kejayaan anak-anak.

Jumlah dan hadiah kemenangan hanyalah angka. Kepuasan dan kejayaan melahirkan pemain berbakat dan berkemahiran telah menjadi perangsang dan motivasi buat pelatih pelapis, ibubapa, jurulatih serta Pihak Pengurusan untuk mencipta sejarah.

Tradisi Hari Keluarga PFA menjadi program wajib setiap tahun. Manakala perubahan baju latihan daripada kuning, hijau ke oren memberi nafas baru dan inspirasi kepada pemain dan Pengurusan untuk sentiasa buat perubahan dan penambahbaikan.

Penyertaan liga-liga luar dari Selangor memberi kesan terbaik kepada setiap pemain. Kejohanan Bolasepak bawah 10 dan 12 tahun di Casa Rachado Port Dickson juga bermakna. Peluang bergambar dan suai kenal bersama pemain-pemain Negeri Sembilan cukup menggembirakan.

Kejayaan mengumpulkan lebih 100 ahli keluarga dalam Program Amazing Race PFA yang di adakan di Taman Tasik Shah Alam. Setiap wakil keluarga perlu melalui 21 halangan yang disediakan sepanjang laluan yang ditetapkan. Tajaan ADABI, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Milo Malaysia telah memberi kesempurnaan dalam program tersebut.

Program setiap Ramadhan telah disusun sebaiknya untuk membawa manfaat kepada anak-anak pelatih yang berkelapangan, Aktiviti-aktiviti ringan serta Jemputan Ilmuan dalam ceramah serta motivasi diri setiap pelatih.

Usahasama 1MCC (1Malaysia Cardiff City) telah memberi insiprasi serta usahasama yang cukup baik. Klinik Bolasepak bersama para jurulatih Cardiff City turut menyumbang kejayaan Proficient FA.

Pertandingan Bowling PFA bukan sahaja menampilkan kemahiran sukan berbeza namun semangat ukhwah dan silaturrahim dalam keluarga Proficient FA Berjaya di gabungkan.

Di samping tajaan jersi pasukan Proficient FA, pemain terpilih telah berpeluang untuk belajar memasak 3 menu makanan sihat oleh chef terbaik.

Penyertaan ke Liga Futsal anjuran Columbia Asia telah memberi sinar kejayaan. Ilmu, kemahiran dan disiplin pemain memberi impak terbaik dalam pelbagai bidang.

Perlawanan Persahabatan antara Proficient FA u14 dan U16 menentang Kelab Korea Selatan iaitu CKC FC yang diadakan di Padang Sekolah SMK USJ 23. Perlawanan antarabangsa begini juga dijadikan perlawanan wajib sekiranya ada pasukan luar negara datang ke Malaysia.

Kejayaan bawah 8 tahun liga HOT FM – Berita Harian merupakan pengalaman yang bermakna. Berada di kelompok 4 terbaik dari 64 pasukan bertanding membuktikan program pembangunan bolasepak Proficient FA Berjaya.

Sambutan Malam Amal dan Malam Anugerah untuk pemain-pemain yang telah mengharumkan nama Proficient FA. Ibubapa serta penaja diraikan dalam satu majlis besar- besaran yang dijalankan Dewan ‘Ndah Seksyen 14 Shah Alam.

Perlawanan Amal bagi mengutip Tabung Bantuan dan Ehsan kepada salah seorang bapa pelatih yang hilang upaya turut dijalankan. Pasukan Bapa Proficient FA menentang Belia 3P Meru memberikan nikmat dan perkara terbaik dilaksanakan.

Sambutan Malam Amal dan Malam Anugerah untuk pemain-pemain yang telah mengharumkan nama Proficient FA. Ibubapa serta penaja diraikan dalam satu majlis besar- besaran yang dijalankan Dewan ‘Ndah Seksyen 14 Shah Alam.

Komitmen Proficient FA dan Liga 1MCC tidak dapat dipisahkan. Konsisten dalam melahirkan bakat-bakat di usia 7 hingga 12 tahun dan di bawa ke liga 1mcc u12 dan seterusnya bawah 14 dan 16 tahun. Berjaya menyatukan aanak-anak dan keluarga dalam liga elit.

Klinik Bolasepak Proficient melibatkan jurulatih-jurulatih Cardiff City adalah acara wajib demi ilmu terus daripada jurulatih luar negara dan berpengalaman. Anak-anak turut diraikan dalam sambutan harijadi pada hari yang sama.

Sumbangan 200 T-Shirt Milo oleh Pengurus Operasi Tuan Ismail kepada para pelatih Proficient FA.

Kejayaan pasukan u14 di liga Jemputan Milo di Stadium Kota Raja Klang.

Penganjuran Liga Futsal Terbuka 40 pasukan Jemputan.

Lawatan dan perlawanan persahabatan skuad u14 dan u16 ke Sekolah Sukan Zaaba N Sembilan.

Kejayaan Pasukan Proficient FA di liga u14 anjuran PKNS FC.

Kejayaan Pasukan U14 Proficient FA anjuran Qhaleefa FC di New Camp Damansara. Sekadar tempat kedua setelah tewas 0-2 ke atas Pasukan Sekolah Projek Kedah.

Juara Liga Divisyen 2 bawah 12 tahun musim 2017.

Juara Shield Bawah 12 tahun musim 2018.

Perlawanan Antarabangsa melibatkan Proficient FA bawah 16 menentang Pasukan Kelab Taiwan yang diadakan di Padang Jkr seksyen 17 Shah Alam.

Anak-anak berpeluang berada di stadium Shah Alam menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu.

Kejayaan anak-anak bawah 12 tahun Sayonara Cup anjuran Shoot Soccer Academy yang dijalankan di Padang Telekom Seksyen 17 Shah Alam.

Kejayaan Skuad bawah 14 tahun di liga anjuran Qhaleefa FA yang dijalankan di Padang Sekolah Menengah Kelana Jaya.

Majlis Keraian iaitu Sambutan Hari Raya, Malam Amal dan Malam Anugerah Proficient FA. Anak-anak. Ibubapa dan penaja di raikan.

Antara pelatih Terbaik yang berjaya ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang. Dua lagi terpilih ke Sekolah Sukan Pulau Pinang.

Pasukan u14 Proficient FA di liga MCC 2018

Pasukan u14 Proficient FA di liga MCC 2018

Gabungan pemain pemain Proficient FA dan Pasukan Manjalenka, Indonesia di Liga Setia Alam.

Perlawanan Persahabatan antara pasukan u16 Proficient FA dan u16 JurongVille Singapura yang diadakan di Padang Turf UITM, Shah Alam.

Skuad u16 yang bakal bersaing di Liga MCC musim 2019.